Nation
275

Hubungan Bersatu-UMNO diputuskan mesyuarat petang ini – Hamzah

Kuala Lumpur – Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diadakan 4 petang ini bagi membuat pendirian mengenai hubungan parti itu dan Umno.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata mesyuarat itu susulan surat Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk tidak bekerjasama dengan PPBM dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Selain itu, surat berkenaan juga menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

“Surat bertarikh 26 Februari lepas itu telah dibincangkan mesyuarat Biro Politik PPBM dipengerusikan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dan mengambil maklum mengenai keputusan dibuat Umno di Janda Baik, Pahang berkenaan, Jumaat lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hamzah berkata pendirian dicapai pada mesyuarat petang ini akan turut dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti-parti komponen PN iaitu PAS, STAR, SAPP dan Gerakan. — Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu