Nation
215

Hujan berterusan dijangka landa Terengganu, Kelantan mulai Khamis

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada atau kuning dengan hujan berterusan dijangka melanda Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan selama dua hari bermula esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Angin bertiup dari arah timur laut berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di lokasi yang terlibat, menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu