Nation
594

Hujan lebat di 3 negeri dijangka hari ini hingga Jumaat

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak hari ini hingga Jumaat.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 11 semalam memaklumkan kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang, dan Selama serta Manjung, sementara seluruh kawasan Pulau Pinang terlibat dengan amaran tersebut.

“Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu