Nation
104

Hujan lebat dijangka berterusan di Johor dan Pahang sehingga esok

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok (4 Jan).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini memaklumkan daerah yang terlibat ialah Rompin di Pahang dan Mersing di Johor.

Sementara itu, kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap kuning yang diramal berlaku di Kemaman (Terengganu), Maran, Kuantan, Bera, Pekan (Pahang), Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin (Negeri Sembilan) dan Melaka.

Amaran tahap waspada itu turut diberikan kepada beberapa kawasan iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru (Johor) dan Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran (Sabah).

Dalam pada itu NADMA turut menyarankan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan di kawasan yang berisiko tinggi selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana.

“Pihak jawatankuasa itu juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” menurut NADMA, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu