Social
455

Hukuman penjara warden liwat 5 dikurangkan kepada 50 tahun

Kangar – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 228 tahun kepada 50 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang warden asrama bagi 24 pertuduhan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat dekat sini, dua tahun lalu.

Mahkamah turut mengurangkan hukuman sebat dihadapi tertuduh, Nawawi Anuar, 29, daripada 42 kali kepada 20 kali sebatan

Nawawi sebelum ini mengaku bersalah terhadap 24 pertuduhan meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz tersebut sepanjang April 2019.

Hakim Datuk Azmi Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 29 Mei 2019. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu