Social
189

Ibu bayi ‘Hussein’ masih gagal dikesan

Ipoh – Seorang wanita yang telah menghilangkan diri selepas lebih seminggu melahirkan bayi lelakinya ‘Hussein’ pada 22 April di Hospital Slim River, dekat sini, sehingga kini masih gagal dikesan.

Pegawai Pelindung, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muallim Wan Nurhaliza Wan Ghazali berkata, wanita berkenaan yang dikenali Rashidah Abdullah, 22, gagal dikesan selepas dibenarkan keluar sebentar dari Hospital berkenaan untuk ke pekan Slim River pada 29 April.

“Selepas beberapa hari kelahiran, bayi berkenaan dijangkiti dengan sakit kuning dan sedang menerima rawatan dan pemerhatian di Wad Kanak-kanak Hospital Slim River. (Sebelum itu) Rashidah telah dapat kebenaran daripada pihak Wad Kanak kanak Hospital Slim River untuk keluar sementara pada waktu tengah hari untuk membuat urusan rasmi peribadi di Pekan Slim River,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Wan Nurhaliza berkata, sejak Rashidah keluar untuk membuat urusan peribadinya, ibu bayi yang diberi nama Hussein buat sementara itu terus menghilangkan diri dan tidak pulang ke wad hospital berkenaan.

Beliau berkata berikutan itu, pihak hospital menghubungi pihak JKM daerah untuk mengambil tindakan selanjutnya pada bayi berkenaan.

“JKM telah memberi tempoh sebulan lebih untuk ibu atau bapa kandung kepada Hussein untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat telah membantu mencari cara penyelesaian masalah mereka sekeluarga menurut Perintah Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2016 Pelindung kanak-kanak.

“Berdasarkan maklumat terakhir, wanita berkenaan tinggal di Hulu Bernam namun gagal dikesan, dan justeru orang ramai yang mengenalinya boleh boleh menghubungi JKM daerah di talian 05-4529664 untuk sebarang maklumat lanjut.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu