Social
231

Ibu cekik anak hingga mati

India – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dicekik ibunya sendirinya selepas dia berpihak kepada bapanya dalam perselisihan faham mengenai apa yang harus ditonton di televisyen.

Sudha, 26, didakwa memberitahu polis bahawa dia ‘sakit hati’ apabila anaknya itu (satu-satunya anak pasangan itu) lebih menyayangi dan sering memihak bapanya.

Agensi berkata kejadian di bandar Bengaluru selatan India itu terjadi pada tengah hari apabila Eeranna (bapa) pulang ke rumah dan melihat anaknya sedang menonton televisyen.

Eeranna kemudian menukar saluran untuk menonton berita dan tindakan itu dibantah Sudha.

Pasangan itu bertengkar dan Sudha meminta suaminya tidak pulang ke rumah jika mahu menonton televisyen.

Anak mereka masuk campur dan memihak kepada bapanya serta meminta ibunya untuk diam.

“Keadaan itu menyebabkan Sudha hilang sabar dan membunuh anaknya pada malam itu,” kata Timbalan Komisioner Bengaluru, Sanjeev M Patil.

Sudha didakwa membawa anaknya ke sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan berdekatan pada malam kejadian sebelum mencekik kanak-kanak malang itu.

Perkara itu dilaporkan pada Rabu apabila penduduk tempatan menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dan ibu bapanya dipanggil untuk membuat pengecaman.

Pasangan itu dikatakan menangis dan sebelum itu Sudha mendakwa anaknya hilang ketika keluar membeli makanan namun selepas itu dia akhirnya mengaku membunuhnya.

Sudha sudah ditahan polis. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu