Kuala Lumpur Post

Social

Ibu dibunuh anak sakit mental

SEREMBAN — Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 11.55 pagi dan mangsa dipercayai bergaduh dengan anaknya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 63 tahun itu ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas lantai di hadapan halaman rumahnya.

“Suspek berusia 33 tahun adalah anak pertama kepada mangsa dan pemegang kad orang kurang upaya (mental). Mereka sebelum itu dipercayai bertengkar dan berlaku pergelutan, tiada kecederaan disebabkan senjata tajam.

Hoo berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Bahau esok dan orang awam turut dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar mangsa.