Nation
113

ICU sesak dengan pesakit Covid-19

Petaling Jaya – Sebanyak 506 pesakit yang positif Covid-19 telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik itu menyerang negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 295 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Ia jumlah yang direkodkan setakat hari ini. Jumlah itu termasuk kesemua kes kumulatif positif dan disyaki Covid-19 iaitu 396,004 kes,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Twitter miliknya.

Hari ini negara merekodkan 4,498 kes jangkitan iaitu antara yang tertinggi pada tahun ini. – Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu