Social
435

Identiti mayat terbakar akhirnya dikenal pasti

Kuala Terengganu – Mayat rentung yang ditemukan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus pada 17 April lalu disahkan milik seorang wanita berusia 50 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, identiti mayat berkenaan dikenal pasti berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Mayat mangsa akan dituntut ahli keluarga esok untuk proses pengebumian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mayat tanpa identiti berkenaan ditemukan kira-kira tiga meter di cerun semak oleh pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Sementara itu, seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Mawar Berbisa memaklumkan mayat berkenaan adalah ibunya, Che Janiah Jaafar, 55, atau ‘Kak Yah’ yang dilaporkan hilang pada 16 April lalu.

Jenazah mangsa akan dikebumikan  di Tanah Perkuburan Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu pagi esok. – Utusan Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu