Nation
123
0

IKEA Cheras dibuka semula

Kuala Lumpur – Peruncit produk perabot Ikea memaklumkan cawangannya di Cheras, Kuala Lumpur dibuka semula bermula jam 1 petang ini.

Ikea dalam satu kenyataan berkata, pembukaan cawangan itu dibuat selepas semua kerja sanitasi dilakukan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sukacita dimaklumkan bahawa cawangan kami di Cheras dibuka semula pada jam 1 petang ini. Kami telah melakukan kerja sanitasi seperti ditetapkan KKM,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Ikea menutup cawangannya di Cheras selepas terdapat kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengawal keselamatan.

Susulan itu, proses saringan telah dilakukan membabitkan kakitangan di cawangan terbabit bagi mengelak kejadian yang lebih buruk.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu