Social
339

Individu bersabit dadah diburu polis

Ipoh – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bersabit kes berkaitan dadah di Kampung Tawas, di sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh DSP Wan Rosli Wan Hassan berkata suspek dikenali sebagai G. Kalaiselvam, 26, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sebarang maklumat mengenai suspek boleh disalurkan ke balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Inspektor Mechelle Emass Anak Madang Usat di talian 010-9301626,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu