Nation
267

Individu Islam tidak boleh jadi pihak pertikaian perkahwinan bukan Islam : Mahkamah Persekutuan

Putrajaya – Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, memutuskan individu beragama Islam tidak boleh dinamakan sebagai pihak dalam pertikaian perkahwinan yang melibatkan pasangan suami isteri bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika menyampaikan keputusan majoriti panel tiga hakim berkata Seksyen 3(3) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA) dengan jelas memperuntukkan bahawa umat Islam dikecualikan daripada permohonan LRA.

Bagaimanapun, Hakim Tengku Maimun berkata undang-undang itu terpakai terhadap mualaf Islam dalam kes melibatkan pasangan bukan Islamnya memfailkan petisyen selepas bekas pasangan memeluk Islam iaitu selepas perkahwinan sivil mereka.

Beliau berkata tujuan LRA itu bukan sahaja untuk mengawal perkahwinan dan perceraian orang bukan Islam, malah ia juga sebagai pemisah undang-undang berasingan bagi orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

“Ini adalah berdasarkan Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan mengenai prinsip pemisahan bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu