Social
1K

“Ini fitnah yang sangat kejam dan melampau“

Kuala Lumpur – Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Bukit Aman berhubung satu kes dakwaan gangguan seksual, petang tadi.

Beliau dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” ujarnya kepada pemberita hari ini.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu