Nation
463

Insiden LRT : Mangsa sudah dibawa keluar

Kuala Lumpur – Sebahagian daripada mangsa kejadian kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam terowong berhampiran KLCC sedang dibawa keluar melalui pusat beli-belah Avenue K, di sini.

Sehingga jam 10 malam tadi, puluhan ambulans dikejarkan ke lokasi ini bagi membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pihak penyelamat terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pegawai perubatan dari HKL dan pelbagai agensi sedang bertungkus-lumus membawa mangsa keluar.

Sejak jam 9.30 malam sehingga 10 malam lebih 20 mangsa yang cedera dibawa keluar.

Turut berada di lokasi kejadian adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu