Social
273

Instafamous Nadira mohon maaf

Petaling Jaya – Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Permohonan maaf itu dibuat Nadira sebentar tadi di Instagram miliknya selain memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.

“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.

“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu