Nation
144

Interpol bantu Malaysia siasat aktiviti haram ‘Darknet’

Kuala Lumpur – Polis Antarabangsa (Interpol) akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi ‘Darknet’ (web gelap), lapor Bernama.

Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol Adrien Sivignon berkata negara lain yang akan turut dibantu melalui Project Pandora itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

“Kami akan melaksanakan Project Pandora di Asia Tenggara pada suku pertama tahun depan. Kami harapkan sokongan lanjut daripada negara terbabit bagi menyiasat web gelap untuk mengekang aktiviti haram,” katanya pada forum mengenai penggunaan secara jenayah teknologi baharu web gelap.

Beliau merupakan seorang daripada ahli panel pada Forum Keselamatan Siber ASEAN bersempena Persidangan dan Pameran Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2021 yang berlangsung secara maya semalam.

Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol memperkenalkan Project Pandora bagi meningkatkan kemampuan polis dan penganalisis perisikan dalam menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi menerusi web gelap.

Ini berikutan peningkatan penggunaan laman web sedemikian untuk memperoleh, memindah atau menyeludup bahan atau senjata biologi yang kini menjadi kebimbangan utama komuniti penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.

Sivignon berkata mereka mengakui ancaman penggunaan bahan biologi oleh ‘non-state actor’ (pelaku bukan negara), penggunaan laman web sebagai platform untuk perdagangan haram bahan biologi serta peralatan dwiguna, selain menangani cabaran teknikal dalam menyiasat laman web tersebut.

CDYES 2021 yang bertemakan ‘Embedding Resilience Within Our Cyberspace’ dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber Negara dari 28 hingga 30 Jun.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu