Kuala Lumpur Post

Nation

Intipati Bajet 2023

KUALA LUMPUR — Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang melibatkan peruntukan RM372.3 bilion akan dipandu oleh agenda 3R – Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

Ini adalah bajet kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ditambah baik, beri manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.
  • Kategori baharu BKM diperkenal, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung lima anak atau lebih layak terima RM2,500.
  • Tawaran kredit e-dompet RM100 diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula M40.
  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.
  • Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika berdaftar dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.
Tags: , ,