Social
141

Israel, Palestin bakal laksanakan gencatan senjata

Gaza City – Seorang pegawai kanan Hamas menjangkakan pihaknya dan tentera Israel akan melaksanakan gencatan senjata dalam masa terdekat.

Usaha itu di tengah-tengah konflik antara pasukan tentera Israel dan Hamas yang masih berterusan di sempadan Semenanjung Gaza.

Lapor BBC, pegawai politik Hamas, Moussa Abu Marzouk bagaimanapun berkata, pelaksanaan gencatan senjata akan berdasarkan persetujuan dicapai kedua-dua pihak.

“Saya harap usaha gencatan senjata ini akan berjaya.

“Saya jangkakan ia dilaksanakan dalam masa satu atau dua hari lagi dan berdasarkan persetujuan bersama,” katanya kepada stesen televisyen di Lubnan, Al-Mayadeen.

Kenyataan itu dibuat ketika hampir seluruh komuniti antarabangsa mendesak Israel dan Palestin segera melakukan gencatan senjata di tengah konflik yang semakin memburuk.

Israel terus melancarkan serangan udara terhadap Gaza sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 227 orang termasuk 64 kanak-kanak dengan lebih 1,500 penduduk cedera. – Agensi

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu