Social
34K

Israel rugi lebih RM8 bilion

Gaza – Sektor ekonomi Israel mengalami kerugian melebihi AS$2 bilion (RM8.3 bilion) seperti dilaporkan akhbar The Hebrew.

Akhbar itu memetik kenyataan pegawai kewangan yang berkata, selepas gencatan senjata diumumkan antara pejuang Hamas dan pengganas Israel, kerugian yang direkodkan mencecah 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Angka itu jauh lebih buruk daripada pencerobohan tentera Israel pada 2014, ketika ekonomi Israel kehilangan 0.3 peratus daripada KDNK dalam tempoh 51 hari.

Pegawai itu berkata, KDNK negara sekarang mencatatkan kerugian hampir AS$2.14 bilion.

Semasa pertempuran selama 11 hari, pejuang Hamas berupaya melancarkan serangan udara terhadap ketenteraan dan sektor ekonomi Israel termasuk platform gas Tamar dan Lapangan Terbang Ben Gurion.

Ibu kota Israel, Tel Aviv turut terkena serangan sehingga menjadikan kehidupan harian penduduk di negara itu terhenti seketika. – Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu