Social
164
0

Isteri mengandung akan dibenarkan masuk Malaysia – keluarga

Kuala Lumpur – Isteri seorang rakyat Malaysia yang sarat mengandung berkerakyatan China yang ditolak permohonananya untuk memasuki Malaysia pada 30 Nov, akan dibenarkan menyeberangi sempadan dan tinggal bersama keluarga mertuanya, sepanjang tempoh beliau mengandung.

Wanita yang dikenali sebagai Puan Yong dan kandunganya pada peringkat akhir, telah tidak dibenarkan kemasukan ke Malaysia minggu lepas di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar.

Adik iparnya yang hanya mahu dikenali sebagai Choo berkata, pegawai daripada Jabatan Imigresen menelefonnya untuk memberitahu yang wanita itu kini dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Pihak CIQ berkata, tidak ada masalah untuk kakak ipar saya untuk memasuki Malaysia, tetapi abang saya, mesti berada bersama (isterinya),” kata Choo ketika dihubungi.

Sebelum ini Bernama melaporkan yang penolakan kemasukan itu menyebabkan wanita itu dan suaminya dalam dilema, kerana wanita itu tidak boleh berada lama di Singapura. Puan Yong bukan lagi pekerja di Singapura kerana pas kerjanya dibatalkan kerana beliau mengandung, dan beliau perlu keluar daripada negara itu selewatnya 14 Dis, atau menghadapi tindakan diusir.

Suami wanita itu, Yong tidak dapat menjadi penaja isterinya itu menggunakan pas kerjanya, kerana sebagai seorang pengurus kedai, pendapatannya tidak mencapai syarat minima gaji S$6,000 sebulan dan tidak dapat menemani isterinya itu ke Malaysia, kerana khuatir kehilangan kerja akibat peraturan kuarantin selama sebulan.

Surat penolakan kemasukan wanita berusia 27 tahun itu menyatakan, penolakan itu dibuat mengikut Seksyen 8 (3) Akta Imigresen 1959/1963, yang menyenaraikan migran yang tidak dibenarkan masuk termasuklah mereka yang tidak mampu untuk menyara diri mereka.

Sementara itu Yong lega apabila mendengar berita itu dan beliau berkata isterinya itu pada awalnya tidak dibenarkan masuk, kerana tempoh visanya hanya 14 hari, tidak mencukupi untuk tempoh kuarantin wajib di Malaysia.

“Saya tidak mahu beliau pulang ke China (untuk melahirkan anak) kerana ia terlalu jauh,” kata pengurus kedai berusia 31 tahun berasal dari Kluang, Johor.

Beliau berkata, mereka merancang untuk kembali ke Malaysia pada 10 Dis dan syarikatnya telah meluluskan cuti di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) untuk ke Malaysia dan tinggal bersama isterinya untuk tempoh lebih sebulan serta memohon Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang untuk isterinya itu. – Bernama

 

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu