Nation
124

Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan

Kuala Lumpur – Aktivis Adam Adli Abdul Halim hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata aktivis itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal pada 14 Jan lepas berkaitan penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka.

“Adam Adli diminta memberi keterangan berhubung penganjuran itu serta disiasat di bawah Seksyen 502 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, Adam Adli yang ditemani peguamnya Syahredzan Johan hadir pada pukul 2.30 petang dan meninggalkan IPD berkenaan 45 minit kemudian.

Sebelum ini media melaporkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan oleh pihak tertentu bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki meletakkan jawatan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu