Nation
111

Isu klip audio : Anwar tiba di Bukit Aman

Kuala Lumpur – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bukit Aman pagi ini untuk memberi keterangan berhubung klip audio dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.

Anwar tiba kira-kira jam 9.58 pagi dengan menaiki kereta Jaguar hitam.

Kehadiran Ketua Pembangkang itu ditemani peguamnya, Sankara N Nair.

Media sebelum ini melaporkan, rakaman audio perbualan dua individu yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak awal bulan ini, akan disiasat jika pihak berkuasa menerima laporan.

Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat, selama 22 tahun. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu