Nation
750

Isu MB Terengganu: PAS buat laporan polis terhadap portal berita

Kuala Terengganu – PAS Terengganu membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang mengulas tentang kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang didakwa dalam situasi genting ketika ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu Muhyiddin Abdul Rashid berkata laporan yang disiarkan itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencemar kredibiliti kepimpinan Ahmad Samsuri.

“Saya percaya ini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan mencari sokongan politik murahan ketika kerajaan dan rakyat sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.

“Perbuatan fitnah ini hanya mahu menimbulkan prasangka buruk, mencetuskan keresahan masyarakat dan kebencian memuncak terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik,” katanya yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 4.02 petang semalam.

Muhyiddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu berharap siasatan dapat dijalankan secepat mungkin terhadap portal berita itu. — Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu