Nation
348

Isu Nilai 3 : Polis siasat pemilik akaun FB N9 Radar

Seremban – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook, disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun tersebut dikenali sebagai N9 RADAR akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor’. Kita menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor,” katanya dalam kenyataan pada hari Ahad.

Beliau berlata kenyataan dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook berkenaan boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial masing-masing. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu