Nation
343

Isu perubahan kerajaan tak berbangkit sekarang : Anwar

Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan soal perubahan kerajaan tidak dibincangkan dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Sebaliknya Presiden PKR itu berkata beliau mengutarakan pandangannya berkenaan kesan COVID-19, kewajaran Parlimen bersidang dan darurat yang tidak perlu diteruskan.

Katanya, beliau amat terharu dengan kearifan Al-Sultan Abdullah berkenaan pandemik COVID-19 yang mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan.

“Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang” katanya kepada pemberita yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara.

Anwar sebelum itu menghadap Al-Sultan Abdullah kira-kira sejam. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu