Nation
241

Isu royalti pasir: SPRM Melaka ambil maklumat daripada Idris Haron

Melaka – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah bertemu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata perjumpaan melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka itu dengan tiga pegawai SPRM berlangsung kira-kira dua jam bermula 3 petang semalam di sebuah lokasi di negeri ini.

“Saya mengesahkan kita telah berjumpa dengan beliau (Idris) dan pihak kami telah mengambil beberapa maklumat berkaitan dakwaan berkenaan dan kerjasama yang diberikan adalah baik.

“Ia lebih kepada maklumat awal berkaitan dakwaan itu dan maklumat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk dianalisis dan diperincikan bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun BPR/SPRM ke-54 peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Mohd Shahril berkata tiada sebarang dokumen berkaitan dakwaan berkenaan diambil daripada Idris setakat ini.

Idris dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir, yang menyebabkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu