Nation
213

ISU TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN DAN PERJANJIAN KOLEKTIF KESATUAN EKSEKUTIF RHB SELESAI : KSM

Kuala Lumpur, 10 Mei 2021- Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) berjaya menyelesaikan isu tuntutan pengiktirafan dan perjanjian kolektif yang berlarutan selama 10 tahun antara RHB Bank Berhad dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan isu tuntutan pengiktirafan dan perjanjian kolektif antara RHB Bank Berhad dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad telah bermula sejak tahun 2011 dan berlanjutan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Penyelesaian ini dipersetujui menerusi satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding (MoU) yang berlangsung semalam (10 Mei 2021), setelah majikan dan kesatuan melalui beberapa siri perundingan yang turut dihadiri oleh wakil daripada JPPM.

KSM berharap penyelesaian tuntutan oleh Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad ini menjadi contoh terbaik kepada semua majikan dan kesatuan dalam mencari penyelesaian sekiranya wujud sebarang pertikaian pada masa hadapan.

KSM juga menyeru agar majikan dan kesatuan dapat menjalinkan kerjasama yang baik dalam mencapai persefahaman seterusnya dapat meningkatkan produktiviti serta perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat kerja.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu