Nation
205

Jabatan Kesihatan Pahang nafi pemuda Cina maut akibat Covid-19

Kuala Lumpur – Pasukan Respons Pantas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menegaskan berita tular di media sosial berhubung kematian seorang pemuda berbangsa Cina akibat COVID-19 adalah palsu.

Dalam kenyataan semalam, pasukan itu berkata Pengarah Kesihatan Pahang menafikan kesahihan mesej yang mendakwa mangsa yang tinggal di Taman Tas, Kuantan meninggal dunia akibat jangkitan itu.

“Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan tidak menerima sebarang kes kematian melibatkan individu yang dimaksudkan, di samping semakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut mendapati tiada kes brought in dead (BID) dilaporkan bagi individu tersebut,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu