Nation
120

JAIS batal peperiksaan PSRA Ogos ini

Shah Alam – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat keputusan bagi membatalkan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pelaksanaannya pada 23 hingga 27 Ogos ini.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata sehubungan pembatalan itu pihaknya akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti sesuai pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sesi kemasukan 2022.

“Keputusan pembatalan peperiksaan PSRA dibuat berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara dan trend semasa penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian akibat COVID-19 di Selangor yang semakin tinggi.

“Keputusan ini akan turut membantu usaha berterusan semua pihak melandaikan lekuk penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata pihaknya berpandangan juga bahawa pembelajaran formal yang tidak dapat dijalankan seperti biasa akan memberi impak besar terhadap kemampuan guru dan pelajar dalam menghadapi persediaan peperiksaan PSRA mengikut format dan protokol peperiksaan seperti lazimnya.

“JAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor yang telah mengambil pelbagai inisiatif dan kaedah yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada anak didik semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu