Nation
498

JAIS minta bantuan PDRM tangkap Sajat

Shah Alam – Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki dan menangkap usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang kini menghilangkan diri.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan bahawa JAIS telah meminta bantuan pihaknya.

“JAIS telah hantar surat minta bantuan dan kita akan bantu kesan Nur Sajat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nur Sajat pada Selasa lalu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Akbar Kosmo! hari ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam semalam.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri. – Kosmo

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu