Nation
313
0

Jalan Ipoh arah Kepong ditutup 12 jam bermula 10 malam Sabtu

Kuala Lumpur – Jalan Ipoh arah Kepong, berhampiran Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu ditutup sepenuhnya bermula 10 malam Sabtu hingga 10  pagi Ahad ini bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan jambatan utiliti dan kerja berkaitan.

Sehubungan itu, pengguna dari Jalan Ipoh menuju ke arah Kepong perlu menggunakan aliran kontra yang  disediakan sepanjang 12 jam penutupan jalan terbabit.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas,” demikian menurut MMC-Gamuda  dalam kenyataannya hari ini. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu