Nation
344

Jalan Raja Muda Abdul Aziz ditutup 3 hari

Kuala Lumpur – Jalan Raja Muda Abdul Aziz ditutup bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang, untuk kerja pembaikan jalan.

MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan sementara selama tiga hari itu bermula hari ini.

Penutupan jalan sepanjang kira-kira 800 meter membabitkan dua laluan sepanjang Jalan Raja Muda Abdul Aziz menuju ke Chow Kit antara Jalan Haji Hashim dan Jalan Raja Abdullah dijalankan secara berperingkat.

Bagi melancarkan aliran trafik, satu dari dua lorong Jalan Tun Razak diaktifkan untuk laluan kontra.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah semasa tempoh penutupan. Pasukan Trafik Projek MRT akan dikerahkan untuk membantu mengawal trafik.

“MGKT ingin memohon maaf atas kesulitan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau www.mmcgamudamrt.com.my, Twitter @MRTMalaysia atau @MMCGAMUDAMRT, Facebook @MRTMalaysia atau hubungi talian hotline 1-800-82-6868. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu