Nation
233

Jangan jadikan pengangguran satu budaya : Menteri Sumber Manusia

Kuala Lumpur 29/3 –  Seramai 65 orang graduan kulinari berjaya menamatkan kursus di bawah Inisiatif PENJANA HRDF, dengan kerjasama Media Academy dan International Professional Chefs’ Academy (IPCA).

Para graduan ini merupakan golongan B40 yang bangkit dari pandemik COVID-19 untuk mempersiapkan diri mereka dengan ilmu kulinari bagi memulakan perniagaan tanpa mendapat bantuan kemudahan permulaan perniagaan.

Usaha dan keazaman yang gigih ini perlu dicontohi oleh rakyat Malaysia dalam mempersiapkan diri untuk menempuh masa sukar ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif -inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti PRIHATIN, Penjana dan Kita Prihatin membuahkan hasil dalam mengurangkan impak penularan wabak pandemik COVID-19 kepada rakyat.

Malah, lima inisiaitif Penjana HRDF iaitu Penempatan dan Latihan, Peningkatan Kemahiran dan Latihan Kemahiran Baharu, Pembangunan Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS), Pembangunan B40 dan Gerak Insan Gemilang (GIG) mampu menghasilkan puluhan ribu peluang pekerjaan dalam negara.

“Justeru dalam keadaan semasa yang mencabar ini, para pencari kerja dinasihatkan janganlah memilih dari segi pekerjaan.”

“Sekiranya terdapat peluang pekerjaan, rebutlah peluang itu dan gunakan sebaik mungkin, kita tidak boleh jadikan pengangguran satu budaya dalam masyarakat kita,” saran Datuk Seri M. Saravanan.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu