Nation
175

Jangan politikkan isu demi kepentingan sendiri : KPN

Kuala Lumpur –  Ahli politik perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak mempolitikkan sebarang isu demi kepentingan diri sendiri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan segelintir ahli politik bertindak mempolitikkan sesuatu perkara demi kepentingan sendiri adalah tidak wajar kerana terdapat banyak perkara lagi yang lebih penting untuk dititikberatkan.

“Misalnya dahulu anggota keselamatan mengadakan kawalan di tempat-tempat ibadat dan tidak timbul isu berhubung itu, jadi mengapa ianya timbul pula bila ada anggota keselamatan berbuat demikian sekarang?

“Isu remeh ini dijadikan isu politik dan dituduh tidak sensitif kerana bawa senjata di dalamnya di mana ia dibangkitkan oleh ahli politik sendiri.

“Sikit-sikit nak kaitkan dengan kaum, agama dan lain, jadi saya minta hentikan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan ahli politik terbabit akan menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang ramai.

“Mereka ini perlu kawal diri daripada mempolitikkan semua perkara.

“Apabila ada isu-isu itu dibangkitkan, sudah tentu ada pihak yang akan membuat laporan polis,” katanya. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu