Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

Jemaah Menteri setuju potong gaji 20% : Anwar

PUTRAJAYA —Jemaah Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet hari ini.

“Jemaah menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.

“Pemotongan ini sehingga ekonomi negara pulih…kalau tiga tahun..tiga tahunlah, itu contoh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar ambil gaji PM tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , ,