Kuala Lumpur Post

Nation

Jentera kerajaan perjelaskan inti pati Belanjawan 2024 kepada rakyat : PM

PUTRAJAYA — Semua jentera kerajaan perlu memperjelaskan dan memberi penerangan mengenai inti pati Belanjawan 2024 kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penjelasan perlu diberikan terutama isu pokok mengenai sebab utama kerajaan memberi tumpuan bidang kesihatan dan pendidikan dalam Belanjawan 2024.

“Penerangan itu penting, kena jelaskan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar pada 13 Okt lepas membentangkan belanjawan bertemakan “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat” berjumlah RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2024 iaitu RM58.7 bilion daripada RM393.8 bilion keseluruhan belanjawan, manakala Kementerian Kesihatan diperuntukan RM41.2 bilion.

Anwar berkata Belanjawan 2024 adalah belanjawan negara yang dilaksanakan bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan keselesaan maksimum kepada rakyat.

Tags: , ,