Social
156

JKNK nafi beruk positif Covid-19

Kota Bharu – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif COVID-19.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata pihaknya tidak melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas haiwan.

“Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran tular dalam Facebook yang memaparkan gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu didakwa positif COVID-19, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu