Kuala Lumpur Post

Nation

Joseph Kurup meninggal dunia

PETALING JAYA — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

Menurut laporan NST, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Difahamkan, Kurup tidak sihat sejak sekian lama.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu.