Social
2K

Jururawat digantung tugas akibat kelalaian

New Delhi – Seorang jururawat digantung tugas buat sementara waktu akibat kelalaian.

Jururawat bernama Chanda Kumari, beri suntikan kosong tanpa sebarang dos vaksin kepada seorang lelaki di Bihar.

Kejadian berlaku di wad nombor satu di bandar Chhapra berdekatan Bada Imambara, 21 Jun lalu.

Menerusi satu video, Chanda Kumari, 48, dilihat sedang bersembang dengan orang lain sambil mencucuk jarum di lengan penerima dengan pantas.

Pegawai Imunisasi Daerah Saran, Dr. Ajay Kumar berkata, jururawat itu diarahkan menunjukkan notis tunjuk sebab dalam tempoh 48 jam.

Jelasnya, jururawat itu bukan sengaja melakukan kesilapan kerana pusat vaksinasi itu sememangnya dipenuhi orang ramai ketika itu.

Disebabkan itu, dia tergesa-gesa melakukan suntikan tersebut.

Sementara itu, katanya, lelaki yang menjadi mangsa suntikan jarum kosong itu boleh memilih mana-mana hari untuk menerima suntikan vaksin.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu