Social
298
0

Jutawan makan makanan kucing untuk kurangkan perbelanjaan

Los Angeles –  Makan makanan kucing untuk kurangkan perbelanjaan.

Itu gaya hidup mengejutkan seorang jutawan yang hanya akan berbelanja 730 pound (kira-kira RM4,038) sebulan.

The Sun melaporkan Aimee Elizabeth membuat pendedahan mengejutkan itu meskipun dia mempunyai 3.5 juta pound sterling (kira-kira RM19.3 juta) di dalam akaun banknya.

Aimee dikatakan dapat menjimatkan 146,000 pound sterling (kira-kira RM807,641) setiap tahun dengan hanya membeli barang terpakai dan enggan membuang barang yang kelihatan masih baik.

Sambil memegang span lama yang digunakan untuk mencuci pinggan, Aimee yang berusia 50 tahun dari Las Vegas mengatakan, ia bukan alasan untuk membuangnya.

Dia juga memiliki hanya sebilah pisau dapur yang tidak pernah dicuci dan hanya mengelap peralatan itu dengan menggunakan tuala dan terus menyimpannya di dalam laci.

Aimee bukan hanya tidak suka membazirkan air, malah akan memastikan tidak memanaskan air lebih lama daripada yang diperlukan untuk menjimatkan elektrik.

“Saya menutup pemanas air. Saya perlukan hanya 22 minit untuk memanaskan air dan ia sudah mencukupi untuk mandi. Saya membuka suisnya, setiap pagi, ketika saya bangun tidur,” katanya.

Daily Star mendedahkan gaya hidup jutawan itu yang terlalu suka berjimat itu dipaparkan menerusi program, TLC Extreme Cheapskate.

Langkah penjimatan yang paling menarik dilakukan Aimee adalah menjadikan makanan kucing sebagai hidangan makan tengah hari.

Malah, dia juga mengakui pernah menyajikan makanan itu kepada tetamunya. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu