Nation
232

Kabinet baharu : PM Ismail Sabri selesai menghadap Agong

Kuantan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan perkarangan Istana Abdulaziz di sini, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai nama menteri Kabinet.

Kenderaan dinaiki beliau beredar dari istana pada pukul 1.38 tengah hari dan Ismail Sabri sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurufoto yang menanti di laluan utama ke Istana Abdulaziz.

Terdahulu, Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu