Social
84

Kad pengenalan palsu, 9 warga Filipina ditahan

Kuala Lumpur – Sembilan lelaki warga Filipina disyaki menggunakan kad pengenalan palsu, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara di tiga lokasi iaitu Pantai Dalam, Taman Lee Yan dan Taman Pandan Perdana, di sini petang semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN Putrajaya Nooruladzim Ateman berkata kesemua suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Dalam operasi yang disertai oleh 29 anggota BSK Putrajaya itu, seramai 24 individu diperiksa dan hasilnya sembilan lelaki yang dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 21(1)( e ), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya objektif operasi itu adalah untuk mencegah dan membanteras pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

JPN turut menyeru masyarakat supaya melaporkan sebarang maklumat berhubung penyelewengan dokumen pengenalan diri dengan menghubungi talian 03-88807077. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu