Nation
218

Kadar gaji minimum dikaji agar relevan dengan sosio-ekonomi semasa : PM

Kuala Lumpur – Kadar gaji minimum pekerja sedang dikaji semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosio-ekonomi semasa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu gaji minimum dan berusaha membela hak pekerja dengan lebih baik.

“Saya berharap dan menyeru agar semua pihak yang ingin menyuarakan pendapat dan cadangan berkenaan isu ini mengambil bahagian dalam platform yang disediakan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2021 yang disiarkan di televisyen hari ini.

Perdana menteri menjelaskan ia merupakan antara usaha yang diambil kerajaan yang menggariskan tiga strategi utama sejak setahun lepas bagi membantu golongan pekerja dalam berdepan kesukaran semasa akibat wabak COVID-19.

Menurutnya strategi pertama ialah mengekalkan pekerjaan, strategi kedua melindungi hak pekerja manakala strategi ketiga mencipta peluang pekerjaan. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu