Social
107

Kajian: Manusia boleh buat bisa seperti ular

London – Satu kajian saintifik yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of The National Academy of Sciences menulis manusia mempunyai ‘alatan’ untuk menghasilkan bisa seperti ular, lapor laman web Live Science.

Malah, badan manusia sebenarnya sudah pun menghasilkan protein penting yang terdapat dalam sistem penghasilan bisa.

Kallikreins, sejenis protein yang menghadam protein lain dikeluarkan daripada air liur manusia dan ia merupakan sejenis elemen penting dalam penghasilan bisa.

Kallikreins juga amat stabil dan mudah untuk mendapatkan mutasi bermanfaat yang menjadikan bisa yang dihasilkan manusia lebih berbisa dan lebih ‘membunuh’.

Salah satu efek kallikreins ialah ia menurunkan tekanan darah secara mendadak, tulis kajian itu.

Bisa berkembang sebagai kaedah mempertahankan diri dan evolusinya juga bergantung kepada cara haiwan itu hidup.

Menurut ahli kimia yang juga pakar bisa dari University of Queensland, Australia, Bryan Fry, terdapat beberapa ular gurun yang mempunyai jenis racun berbeza biarpun hidup di kawasan yang sama.

Kelawar mempunyai air liur bertoksik yang menghalang pembekuan darah. Mereka menggunakan senjata kimia untuk memberi makan dari luka.

Manusia juga mempunyai alat dan senjata yang mampu menghasilkan semua itu tanpa taring berbisa.

Jelas Fry, kajian baharu itu bukanlah memberikan harapan bahawa manusia mempunyai kuasa luar biasa namun lebih kepada memahami genetik di sebalik penghasilan bisa yang mungkin menjadi kunci kepada perubatan. -Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu