Nation
155
0

Kakitangan positif COVID-19, HRDF Perak ditutup dua hari

Ipoh – Pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) Perak di sini, ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi, susulan seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

HRDF menerusi kenyataan memaklumkan, kakitangan berkenaan kini sedang menerima rawatan dan di bawah pemantauan rapi petugas perubatan.

“Semua kakitangan di pejabat cawangan itu akan menjalani ujian swab sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, dan keadaan kesihatan mereka akan terus dipantau.

“Di HRDF, kesihatan dan kesejahteraan kakitangan dan pelanggan adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

HRDF menambah bahawa mereka akan terus mematuhi polisi dan proses kawalan jangkitan serta mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan, yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu