Social
189

Kakitangan pusat jagaan anak yatim lakukan amang seksual terhadap 2 beradik

Ipoh – Seorang kakitangan pusat jagaan anak-anak yatim di sini ditahan Rabu lalu kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas dua beradik lelaki berusia 13 dan 10 tahun.

Suspek berusia 35 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut di beberapa lokasi termasuk di Cameron Highlands sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, perbuatan itu terbongkar selepas kedua-dua manga menceritakan kepada bapa saudara mereka yang kemudian membuat laporan polis.

Katanya, mangsa memberitahu kali pertama mereka dicabul dan cuba diliwat ketika mengikut suspek bercuti ke Cameron Highlands bersama dua rakan lain selama sebulan pada awal November 2020.

“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek berulang kali di beberapa tempat termasuk di Tanah Rata Cameron Highlands, rumah suspek dan bangunan lama pusat jagaan anak-anak yatim itu serta asrama.

“Dua beradik tersebut tidak pernah menceritakan pelakuan suspek kepada sesiapa kecuali bapa saudara mereka yang mengesan perubahan sikap dan emosi kanak-kanak itu ketika mereka pulang bercuti di rumahnya,” katanya di sini hari ini. – Kosmo Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu