Nation
76

Kamarul Zaman Mamat Ketua Polis Kedah baharu

Alor Setar – Bekas Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas Datuk Hasanuddin Hassan yang bersara wajib bermula esok.

Majlis serah terima tugas di antara mereka yang berlangsung di bilik mesyuarat utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kedah di antara Datin Farida Hanim Ruslan dan Datin Suriati Muhamad.

Kamarul Zaman, 57, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1988 dan sepanjang 33 tahun berkhidmat, beliau menggalas pelbagai tanggungjawab termasuk sebagai Ketua Polis Daerah Klang, Selangor.

Ketika berucap pada majlis itu, Kamarul Zaman yang juga pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor menyatakan akan melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu.

Berucap pada majlis sama, Zamri pula berharap Kamarul Zaman dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuannya sepanjang berada di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk menghapuskan jenayah dadah di negeri itu. — Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu