Social
150

Kanak-kanak 10 tahun maut dilanggar lori

Bentong – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dilanggar lori balak selepas motosikal dibonceng bersama ibunya terjatuh akibat terlanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 1, Jalan Bentong ke Karak, di sini, semalam.

Ketua Polis daerah, Supritenden Zaiham Mohd Kahar, berkata kemalangan yang berlaku jam 1.30 petang itu

membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, MPV dan sebuah lori yang membawa muatan kayu balak.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika dua beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Benus dari arah bandar Bentong.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar belakang MPV yang berada di hadapannya.

“Akibat kejadian, mangsa tercampak jatuh ke atas jalan. Sebuah lori balak yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya melalui satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mangsa lain, turut selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu