Social
259

Kanak-kanak 5 tahun didera ibu, teman lelaki

Melaka – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan polis daripada menjadi mangsa dera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di rumahnya di Banda Hilir di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata kanak-kanak berkenaan disyaki didera menggunakan tangan dan tali pinggang sebelum diselamatkan pada jam 10.45 malam hasil maklumat orang awam sejam 20 minit sebelum itu.

Pemeriksaan awal polis ke atas tubuh anak sulung suspek wanita itu mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan dipercayai didera dan mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wanita dan teman lelakinya itu mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia setahun namun tiada unsur penderaan ditemui pada tubuh kanak-kanak tersebut.

Mohd Sukri berkata susulan itu, wanita berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya di Bandar Hilir pada 12.45 tengah malam tadi, iaitu kira-kira 30 minit selepas teman lelakinya berusia 38 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Banda Hilir.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu